Posts

Showing posts from January, 2025

Pengenalan Diri

Image
Nama diberi, Nur Fatihah binti Illias, berasal dan dibesarkan di Kuantan, Pahang. Saya berumur 19 tahun dan sedang menyambung pelajaran di Kolej Professional Mara Indera Mahkota (KPMIM) dalam bidang Diploma in Creative Digital Media Production (DCD). Saya bersekolah di SMK Cenderawasih dan memperoleh keputusan 6A dalam SPM. Kelebihan dan kemahiran saya ialah Digital Drawing dan Multimedia. Saya mempunyai beberapa adik beradik iaitu 3 kakak dan 1 abang yang sedang bekerja di Selangor dan saya merupakan anak bongsu di dalam keluarga saya.  Saya memilih untuk mengambil bidang ini dalam KPMIM kerana saya amat meminati seni lukisan dan multimedia sejak kecil lagi. ‘Digital Drawing’ dan animasi merupakan salah satu hobi saya semasa sekolah rendah dulu. Oleh itu, saya rasa bidang ini amat sesuai bagi saya.

Refleksi Diri

Image
Saya, Nur Fatihah Binti Illias, belajar di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota dan mengambil bidang Diploma in Creative Digital Media Production kelas DCD 2C. Saya mahu berkongsi apa yang saya dapati dari subjek KQK 1051 ini.  Tugasan pertama yang saya dapat dari Subjek KQK 1051 ialah saya perlu mengambil tajuk untuk dibentang ke rakan-rakan saya  mengenai dengan isu kesihatan.   Tajuk yang kami pilih adalah mengenali Pengurusan Stres. Saya telah mendapat membelajari tentang Stres ini lebih mendalam dan saya  dapat berkongsi info-info yang saya dapat ini kepada rakan-rakan saya dengan membentangkan slide yang telah dibuat di hadapan dewan GS hall.  Selain itu, saya juga mendapat tugasan membuat poster yang mengenai tentang tajuk yang saya bentang. Poster ini akan menjadi infografik yang ringkas untuk rakan-rakan saya baca. Antara info yang terdapat dalam poster tersebut ialah berkaitan maksud, punca dan cara menangani stres. Tugasan yang terakhir untuk saya la...

Aerodance

Image
Ini adalah video Aerodance yang kami (Saya, Nabeeha, Nurin, Hanani, Faridah, Hashimi) telah hasilkan. Kami menggunakan lagu pelbagai bahasa dan rentakan yang unik  untuk menampilkan kreativiti dan gerakan dinamik. Saya teruja kerana mendapat usaha kolaboratif dari seluruh ahli kumpulan saya.  https://youtu.be/HGWA6YAFbWQ?si=EN7B1tJm_Rril3_1

Pembentangan / Slide Poster

Image
 Ini merupakan slide yang saya dan ahli kumpulan sediakan untuk tugasan poster “Pengurusan Stres”. Semua maklumat yang berkaitan dengan poster kami berada di dalam pautan di bawah. https://www.canva.com/design/DAGXursIu2o/qkzqClhSRBsxSAfTxNAZ5Q/edit?utm_content=DAGXursIu2o&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton

Poster “Pengurusan Stres”

Image
Dibawah berikut adalah poster yang kami hasilkan untuk tugasan pertama kami. Kami menggunakan perisian ‘Canva’ untuk menghasilkan poster ini dan mengambil inspirasi dari poster di internet. Saya amat bersyukur kerana dapat memberi kerjasama dalam menghasilkan poster infografik ini bersama ahli kumpulan saya.