Refleksi Diri

Saya, Nur Fatihah Binti Illias, belajar di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota dan mengambil bidang Diploma in Creative Digital Media Production kelas DCD 2C. Saya mahu berkongsi apa yang saya dapati dari subjek KQK 1051 ini. Tugasan pertama yang saya dapat dari Subjek KQK 1051 ialah saya perlu mengambil tajuk untuk dibentang ke rakan-rakan saya mengenai dengan isu kesihatan. 

Tajuk yang kami pilih adalah mengenali Pengurusan Stres. Saya telah mendapat membelajari tentang Stres ini lebih mendalam dan saya dapat berkongsi info-info yang saya dapat ini kepada rakan-rakan saya dengan membentangkan slide yang telah dibuat di hadapan dewan GS hall. 

Selain itu, saya juga mendapat tugasan membuat poster yang mengenai tentang tajuk yang saya bentang. Poster ini akan menjadi infografik yang ringkas untuk rakan-rakan saya baca. Antara info yang terdapat dalam poster tersebut ialah berkaitan maksud, punca dan cara menangani stres.

Tugasan yang terakhir untuk saya lakukan untuk subjek KQK 1051 ini ialah saya dan rakan-rakan perlu membuat video. Ahli kumpulan saya termasuk pelajar perempuan DCD2C iaitu saya, Nabeeha, Nurin, Hanani, Faridah, Hashimi. Video Aerodance tersebut berdurasi 4:23 minit. Video yang dihasilkan menarik dan teratur kerana saya mendapat kerjasama yang bagus sesama kawan. Tugasan Ini merupakan salah satu tugasan yang agak mencabarkan kerana perlukan penyelidikan dan kerjasama rakan-rakan. Kami membuat video ini di dalam Dewan Seri Indera Mahkota. 


Jadi disini lah pengakhiran refleksi saya terhadap Subjek KQK 1051. Saya mahu mengucapkan seribu terima kasih kepada Madam Hasniza yang telah bertungkus lumus mengajar kami dan juga rakan-rakan yang lain. 







Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Diri

Poster “Pengurusan Stres”