Pengenalan Diri

Nama diberi, Nur Fatihah binti Illias, berasal dan dibesarkan di Kuantan, Pahang. Saya berumur 19 tahun dan sedang menyambung pelajaran di Kolej Professional Mara Indera Mahkota (KPMIM) dalam bidang Diploma in Creative Digital Media Production (DCD). Saya bersekolah di SMK Cenderawasih dan memperoleh keputusan 6A dalam SPM. Kelebihan dan kemahiran saya ialah Digital Drawing dan Multimedia. Saya mempunyai beberapa adik beradik iaitu 3 kakak dan 1 abang yang sedang bekerja di Selangor dan saya merupakan anak bongsu di dalam keluarga saya. 

Saya memilih untuk mengambil bidang ini dalam KPMIM kerana saya amat meminati seni lukisan dan multimedia sejak kecil lagi. ‘Digital Drawing’ dan animasi merupakan salah satu hobi saya semasa sekolah rendah dulu. Oleh itu, saya rasa bidang ini amat sesuai bagi saya.



Comments

Popular posts from this blog

Refleksi Diri

Poster “Pengurusan Stres”